Friday, March 11, 2011

Aku ..Pelangi dan Palestin..

P/s:This poem originally created  by me ( Maya Natasha Nasir).. 
totally, di inspirasikan oleh pergolakan dunia kini..
dan luahan itu, digubah dalam susunan ayat2x..
yang pastinya, tidak seberapa.
.tapi tercipta atas sebab kasih pada insan2 kecil..
 selagi nafas mampu sy helakan.. selagi itu, hak kanak2x akan di perjuangkan..
especially dalam penulisan.. hopefully, world can read it..
dan di tafsir dgn sebaiknya.. and this poem untuk semua kanak2x all over the world.. may allah bless them..and i love u all dear...




^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


DAN.....
di birai senja itu
aku terkejut dari lamunan
 dengan jeritan si kecil di sana..
kulihat mereka di kejauhan
leka berlarian kesana dan kemari
berkejaran sesama mereka
terkadang kehulu.. dan kemudian..ke hilir..
tanpa siapa tahu tujuannya..


ku intai hikayat hidup ini..
pada setiap garis pelangi
kehidupan terlakar dengan keceriaan..
disulami ketenangan yang hakiki
layaknya sebuah citra hidup seorang yang bernama manusia
layaknya cinta manusia pada penciptanya
dan begitulah kehidupan juga keindahan 
di sebalik setiap hela nafas kudus ini..




namun.. 
ceritera alam berbeda di sana..
anak-anak kecil itu nyata ketandusan nikmat pelangi..
wajah-wajah si kecil itu kusam..
nyata menyimpan 1001 ceritera dunianya
yang penuh dengan keperitan..
sungguh zahirnya mereka seakan gembira begitu..
namun terpancar sinar kesuraman jauh pada hakikinya..




di setiap senja anak kecil itu..
ada satu impian yang kelam..
suatu harapan yang mungkin hanya mimpi..
tanpa satu kepastian yang nyata..
dek kerana kebinasaan alam di tanah mereka..


dan setiap saban hari,
detuman bom dan ledakan peluru di mana-mana..
dan tatkala itu juga
tangisan si kecil bagai mencanang ketenteraman qalbu ini..
laksana kematian tak bernisan
norma hidup bagi mereka..
seakan seksaan sebelum suatu kematian di rasakan..




tersentuh sejenak..
laksana pemburu berdepan dengan singa liar..
zionis kejam itu menghunus senjata ke arah si kecil..
tanpa mengendahkan hati mereka..
kilafnya mereka 
menjadi kebangaan yang lain..




ku lihat ibu-ibu tua itu 
menangisi ceritera  hitam itu
hanya mampu meratapi kekejaman kejam itu
mata sayu ibu tua itu
ibarat menyaksikan suatu kematian
yang nyata tidak diduga olehnya..
hati bagai tidak merelakan kelam itu bertandang
tapi keterpaksaan menuntutnya dengan sadis


di kala itu..
tangisan bersulam jeritan bertalu-talu
menerobos di setiap sudut palestin..
air mata sudah tidak mampu mengalir lagi..
bagai sungai yang dahagakan air..
dan nyatanya bagai pelangi yang suram tanpa warna..
wajah-wajah kusam itu..sayu hati ini
nyata melakar satu impian..
impian yang mungkin sukar dizahirkan..




bersama pelangi senja..
ku intai hati mereka..
satu per satu...
di setiap hembus nafas itu
aku pasti..
ada satu harapan di dada anak kecil itu..
aku yakin.
ada satu mimpi di benak si ibu tua..
dan aku pesimis 
ada satu impian di bumi palestin
mengimpikan secangkir kedamaian...
menanti  sebuah kebebasan..
yang mungkin hanya akan wujud pada mayanya..
tapi menanti masa yang tak pasti
pada hakikinya..





^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^



derita hati yang melihat
derita lagi hati yang merasa,

kehidupan ibarat jaluran pelangi.. pelbagai citra yang melatari.. setiap lapisannya mewakili setiap kemanisan yang selayaknya kita hirup..keindahannya adalah keajaiban di setiap sudut kehidupan manusia..menjadi sebahagian daripada diri saya.. mencari sebuah kebebasan, yang nyata milik bersama.. tanpa mengira siapakah mereka.. zahirnya, KANAK2x bukan untuk agenda peperangan.. mereka adalah agenda pembangunan survival..  






3 comments:

  1. aq gase ko pat0t mek linguistik..
    malay nd bI ko, malat0op w0k..
    teBaik..

    ReplyDelete
  2. zuhal: natasha,if u wanna to join volunteer, lemmi now asap ye.. i dh pm kn ltters, ck u in box.. btw, i like this one.. send p cmpttn=) sure menang! hehe

    ReplyDelete
  3. coming soon.. insyALLAH.. pray for me.:)

    zuhal: nak..nak! already read it! tengs zu.. poem lain i submit.. biase je.. still perlukan nasihat nd bimbingan dr my family, nd kwn2:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...